Thn ni sambutan birthday qiesha buat besar sikit sbb qiesha selalu tanya bila dia nak potong kek, bila nak tiup lilin, bila aku ckp qiesha dah 2 kali potong kek dgn tiup lilin masa umur dia setahun dgn 2thn, dia ckp tak der..dia kata aku tipu dia..dia lupa lah tu..kira pun dia kecik lg.
Sejak aku cakap dgn dia..ok lah nanti alyyn potong kek dgn tiup lilin, sejak tu lah boleh dikatakan setiap malam dia nyanyi lagu happy birthday untuk diri dia sendiri lepas tu konon2 tiup lilin then dia potong kek lepas tu suap kat aku atau papa dia.
Alhamdullilah majlis hari lahir qiesha berjalan dgn lancar, walaupun aku tak puas hati dgn kek qiesha, lansung tak der rupa barney, kalau aku belum bayar deposit memang aku tak ambil kek tu, rasa tak berbaloi Rm 120 dpt benda yg tak diidamkan.
Terima kasih bd ucapkan kat kawan2 yg sudi memeriahkan majlis, tanpa kawan2 semua tak meriah mana majlis tu.
Pic bd tak sempat lagi nak upload, mungkin isnin nanti bd upload kalau nak tengok boleh pergi intai kat blog kty1 & kty2
Ni pic dr hf bd jer..
Papa tgh sibuk gantung belon
Menu yg ada, laksa peneng
Nasi dagang, first time buat tak berapa menjadi,
lepas tu papa dia ckp "bukan semua papa dgn papa yg bagi, kawan2 papa dgn mama yg bagi"
dia cakap lak "oooo...baiknya wan papa...wan mama...yer.."
Hadiah dr papa, pinggan, cawan dan set sudu barney
Jajan dlm beg plastic barney untuk budak2 yg hadir
Kebolehan Qiesha di usia 3 tahun...
dah 3thn qiesha, mcm baru hari tu aku lahirkan dia skrg dah 3thn. Dia makin nakal..makin kuat bergaduh dgn mama dia jer lah.
- Dah laju baca A,B,C..abjab pun dah banyak yg kenal..
- Dah blh mengira sampai 30 dlm bahasa melayu bahasa english lak sampai 50 but angka dia tak berapa kenal sgt lagi...
- Alib, ba..ta pun dah blh baca..tp tak kenal huruf lah..dia hafal jer..
- Dah blh tulis..'O..'I'..'U'..'C'..kekadang 'C' tu dia tulis terbalik..angka lak '0'...'1'...'7'
- Dah blh sebut nama penuh papa & mama dgn jelas..nama penuh dia sendiri..nama nenek dan atuk.
- Bercakap pun dah clear sgt dah tak pelat2 lagi, sikit2 tu ada gak lah perkataan yg pelat lelagi menda yg barut dia dengar.
- Dah tak pakai pampers sejak umur 2thn lebih, mlm still pakaikan tp dah jarang sgt dia kencing dlm pampers selalunya nak terkucil dia akan kejut papa dia dan lansung tak mau kalau mama dia yg nak hantar pergi bilik air...melainkan papa dia tak der lah.
- Dah tidur asing sejak umur 2thn lebih lagi, kekadang mlm terjaga mesti masuk bilik kita org lepas tu menyelit kat tengah2
-Bila beli baju mesti nak pilih baju sendiri dan mesti warna pink.
- Bd suka dengar dia always say terima kasih kalau mama or papa dia buat kan sesuatu untuk
dia cthnya, buatkan susu, ambilkan tuala dan apa2 yg dia suruh kita org ambil kan
- Dah terre control tetikus komputer, dah blh on dan off komputer sendiri.
Dan qiesha nih
- Kuat merajuk, kalau merajuk selalu ckp "tak nak kawan mama" lepas tu lari masuk bilik dia sebam muka kat atas katil, tp bd tak pernah pujuk ( kalau papa dia ada papa dia pujuk lah ) bila dah lama tunggu bd tak pujuk dia kuar dr bilik dia sambil cakap "mama nih pa lah..penat dah alyyn majuk"
5 comments:
tu ler jap je qiesha dah 3 thn...
kuat majuk ek...hehehhehe..anak sapa le tu
hepi besday again qiesha
wah gaya majuk mcm drama..ikut bd lah tu..hehehe
wah tema party qiesha barney ye....
kty ~ kty anak bd tu...tp tak tau lah ikut sapa...he..he...
sb ~ thanks niza...
ikut bd yer...mungkin gak tu...he..he...
ain ~ yup ada tema barney sikit2 jer...
hepi belated birthday qiesha.. semoga membesar menjadi anak yg baik k.. pandai qiesha majuk yer.. hehehe..
Post a Comment