26 September 2008

Kad Raya Virtual

Time kutip kad raya dr member2 blog and fp
Ni dr kty...kad raya kedua..
Ni dr sb...
Ni lak dr lavender
Ni dr Na, Anie amik jer walau pun na tak panggil anie suruh amik mcm member2 lain..huh.. muka tak malu..he..he..
anie suka kad Na nih tu yg anie amik jer..

Thanks semua member2 yer..


Kat sini anie nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat hari raya dan anie mohon maaf jika ada salah dan silap selama persahabatan kita ni...

Anie tak der kad raya nak bagi...
bz sgt tak der masa nak buat dan nak belajar......

24 September 2008

Jualan Murah



Dpt e-mail nih...sesapa yg berminat pegi lahh...banyak gak dia punya potongan tu..
Aku dah paksa hubbyku pergi..he..he..jahatnya main paksa2 lak..
Suruh dia pergi tgk kamera tu ok tak, kalau ok suruh dia amik sebijik, yer lah aku nih mana ada kamera dr dulu2 nak beli tak terbeli beli jer..
harap esok dpt lah sebijik..

Manjaku & Maydin Pula

Mlm td pergi maydin niat dihati nak cari kerongsang mcm ain tu, kerongsang banyak tp harga tak sama mcm ain tu..huh...frust sungguh, mcm ain tu kat maydin kajang dorang jual rm7.90, banyak gak pilihan tp last2 tak beli pun cuma beli pin tudung jer. Pin tudung tu rm5.00.

Sebelum pergi maydin pergi manjaku kejap igt nak cari baju tidur utk qiesha tp tak der yg berkenan lak..last2 tak menda nak beli aku beli pampers jer padahal stock kat umah ada lagi, dah lama tak beli pampers sejak qiesha dah tak pakai pampers sebungkus tahan lah 2bln utk mlm jer, tu pun kekadang dia tak kencing. Masa nak bayar tu ternampak lak Avent tgh ada promosi 20% apa lagi Harus ku beli lagi lah, amik lah 2btl yg 9oz dgn 330ml satu, puting amik satu...
pokemon Harus juga qiesha naik sebelum tinggal manjaku
Ni lah barang2 yg beli kat maydin. Kat maydin nih aku suka beli barangan harian mcm sabun, bedak dan seangkatan dgnnya.
qiesha mcm biasalah menambahkan lagi koleksi cd barnenya...

22 September 2008

Tag and kad raya

Tambah lagi satu kad dr umi....

Ni dr kembara @ nurul, thanks yer..




dpt kad raya dr ain...kad raya tanpa post...


thanks ain..










nih tag dr lyyn


Kenangan masa sekolah




5 tabiat buruk anda




1- Ponteng kelas lelagi subject sejarah


2- Suka buat hal dgn cikgu kauseling - suka cari pasal dgn dia sbb dia pun suka cari pasal dgn kitaorg


3- Suka sakat budak2 seni...- tak tau naper suka sgt kacau dorang nih


4- Tak suka buat kerja umah math


5- Banyak tiru kerja umah member - subject math jer lah






3 favourite subject anda..kenapa??




1- BM ~ suka cikgu nih lemah lebut jer..


2- Sains - suka masuk makmal buat kajian


3- Jasmani - main time






3 bukan favourite subject anda..kenapa??




1- Sejarah - malas nak igt tarikh2


2-Bi - dulu tak minat sbb igt tak penting


3- add math - sbb susah lah..






Menarik pada kamu...




entahlah...tp hubby ckp mulut..






Kamu paling suka...




shopping - suka dr dulu kni dan selamanya paling suka kalau time tu duit tgh banyak..tak dr duit pun aku pi juga tp hutanglah..he..he..






Anda tak boleh hidup tanpa...




kalau time sekolah dulu.. tanpa nenek lah..sbb nenek yg jaga aku..nenek segala-galanya...kalau nenek tak der sapa lak nak bagi aku bajer, dah tak der banjer tak der lah aku pi sekolah..he..he..




ok siap dah tag dr lyyn...




tak tau nak bagi kat sapa, kalau ada yg sudi amik silakan yer sgt dialu-alukan


Kad Raya





Balik kerja td tergerak hati nak buka mail box dan ni lah hasilnya 2 keping kad raya pertama yg aku dpt thn nih...best sgt2...yg kat atas kad raya dr kak kty...thanks kty rasanya dah 3thn berturut turut kty bagi kad raya

ni lak kad raya dr kak khay from mesra, terkejut dpt kad nih dr akak...sungguh tak sangka...



Thn nih kad raya aku ada banyak tp tak der peluang jer nak bagi kat member,

21 September 2008

Alyyn & Kakak



Khamis balik shopping ari tu amik kakak, satu mlm jer bermalam kat umah cause mama dorang hari ahad nak balik klang dah..
Sejak dorang pindah Klang dah jarang dtg umah qiesha pun dah jarang lah jumpa dorang. Kali nih jumpa suka btl lah qiesha...
asik ckp jer "ni kakak Alyyn...ni kakak Alyyn"
bila kakak dia dah balik sunyi balik lah dia..
sian dia bila lah nak dpt adik nih buat kawan


lepas rindu...asyik dgn kakak jer tidur pun nak dgn kakak..


aku tgk kakak dia pun sayang sungguh kat dia..
aku ayik curi dengar jer apa dorang buat kat bilik tu...
memula dorang jumpa tak sudah2 kakak dorang tanya " alyyn rindu kakak tak?

hope kasih sayang nih berpanjangan walaupun dorang tak tinggal bersama..

dan mummy pun always sayang you all

20 September 2008

Sopping

Mlm tdi pi shoping kat sogo..tak beli apa sgt pun beli baju utk qiesha jer..mcm tak banyak yg berkenan sgt..offer tak der lah banyak sgt, sayang masa promosi utk ahli hari tu tak sempat nak pergi...
Lepas pi sogo pergi jln tengku abd rahman, kat sini beli tudng jer lah.gerak nak balik umah pkl 11lebih tu pun qiesha dah bising ngantuk...singgah cheras amik kakak sbb dorang ada kat umah nenek dia..mlm nih lepas buka hantar balik..nih lah edisi tayang baju..he..he...

biasalah qiesha nampak sponge bob mesti nak punya
ni baju yg shopping mlm tdi..
yg ni dah beli lama utk buat raya tp yg kuning tu dah pakai sekali...

17 September 2008

Kesal

Sejak akhir akhir nih bz sungguh nak bertenet kat off pun payah, oder tgh banyak sgt, dorang cakap bz mcm nih akan berterusan sampai bln 11, ni semua oder utk krismas, banyangkan kalau hari2 biasa sehari paling banyak pun 2 oder masuk kekadang tu 2 ari satu order skrg sehari 4 or 5 order masuk...gilo tu...
Td pun aku kerja, co nih cuti umum tak semua amik, payah sikit nak cuti sbb banyak berurusan dgn negara luar. Aku punya cuti raya pun boss tak sign lagi.

Emm...sebenarnya nak citer pasal qiesha nih dah melalut lalut dah tempat lain dulu. Td aku pkl qiesha kuat sungguh, yer lah asyik buat hal jer, dah lah aku balik lambat hari nih, sampai umah pkl 6lebih, nak masak lagi. Ingat nak beli juadah depan umah nih jer tp tak der org yg menjual lak malas nak pusing kuar balik terpaksalah mask.

Dalam kalam kabut nak masak qiesha nak tu lah nak nih lah buat aku angin jer. Memula nak buat epal aku dah kupas nak limau lak, bila aku dah kupas limau tu nangis2 nak kupas sendiri lak, malas layan aku biar jer dia nangis, sebelum tu dah mcm2 hal dah dia buat.
Lepas tu masuk bilik air pergi tuang semua pencuci tolet tu dlm toilet, aku biar jer malas nak layan sbb nak habiskan masak.

Tgh azan dia minta lah air rebina aku ckp kejap sbb nak minum dulu nak buka, blh lak dia hempas badan kat lantai terus nangis kuat2...huh..tanpa blh dikawal secara sepontan pap!!! sekuat kuatnya kat montot dia, nampak dia mengeliat kesakitan (igt dia mengeliat nih lah buat aku kesal). Aku tau sakit sgt tu sbb dia nangis sampai nak hilang suara, dah lah tak pakai pampers dah kalau ada pampers ok sikit ada menda cover. Nampak dia gitu aku sedih sgt tp aku control tak mau terus pujuk padahal dlm hati nih dah meronta ronta nak pujuk dgn peluk dia terus.
Lepas aku minum aku buatkan dia air ribena dan pujuk dia, aku tgk montot dia merah sgt berbekas tgn aku, tersedu sedu dia nangis, remuk sungguh hati aku tgk dia mcm tu, kesal sungguh. Tp apakan daya aku tak blh nak kawal perassan marah aku. Kekadang mcm tu lah sifat aku, aku nak sgt belajar kawal kemarahan nih tp selalu tewas.

Lepas tu aku ckp dgn dia elok2 apa sbb aku pkl dia, dia angguk jer lah tak tau dia faham ke tidak, lepas tu aku tny dia sakit tak??
dia cakap sakit terus dia nangis balik padahal sendu dia dah lama hilang...lemahnya tgk dia nangis mcm tu...

Td aku tgh tgk tv nampak dia tepon papa dia tak dengar sgt apa dia mengarut bahasa dia tp yg last2 tu dengar dia ckp mama pkl, mungkin papa dia tnya pkl kat mana kot dia ckp kat montot, lepas tu dia panggil aku ckp papa panggil, emm... malas aku nak ckp mesti papa dia nak marah aku tu.

Bukan papa dia tau keadaan aku kat umah nih, bila dengar anak dia kena pkl mulalah nak bising dgn aku.


apa pun memang aku kesal sgt pkl qiesha tadi.
skrg dia dah tidur, sedih tgk muka dia tak tau mcm mana nak tebus balik keterlanjuran aku td..

15 September 2008

Potong Rambut

Ni pic hari sabtu hari tu tp tak der masa jer nak upload, aku pergi potong rambut lepas tu ada lak sorang budak tu nak potong gak...he...he...ptong jer lah apa yg patut, suruh cina tu tu potong rambut depan jer sayang nak ptg rambut belakang, nak tunggu panjang gitu bukan sekejap lama tu 2thn setengah. Selama nih aku potong rambut depan dia jer rambut belakang tak pernah lagi potong.

Rambut aku lak aku ptg pendek lagi...huh..hubby ku bising cause ari tu dah ptng pendek nih pi ptng lagi...





13 September 2008

Tag Ramadhan Dr umi

Dapat tag nih dr umi, Thanks Umi, nih Tag keempat (3dr umi) yg bd dpt dr kawan2 mom club from mesra. (ada beza ke tag dgn award)
Bd rasa persahabatan yg dah terjalin antara kita samua diam tak diam dah dekat 3thn or lebih 3th tak silap bd.
bd tak ramai kawan didepan bd, kawan yg paling rapat dgn bd ialah hubby bd, dialah segala galanya tempat bd meluah perasaan marah, benci, sakit hati dan segala perasaan yg ada kat hati ni.
Selain hubby kawan2 kat tenet ni lah yg paling rapat dgn bd.
Umi, kty, ain, lynn, sb, lina, na, kak ruby, miera, dinda, linda, kak fida, silver and zaimah.
yg pernah jumpa, umi, kty, ain, lyn, lina, na, kak ruby, miera, silver dan dinda.
yg lain tu cuma bercakap kat tepon sahaja..
lavender dgn kembara bd baru nak mengenali..


terima kasih atas persahabatan ini...

mcm biasalh tag nih bd tak der nak bagi kat sesapa, tp kalau ada yg nak amik silakan,
dan salam ramadhan dr bd, ceria2 lah selalu dibuln ramadhan ini..

11 September 2008

Qiesha Semput

Dah lama dia tak kena. Mlm tadi blh kena balik, pergi klinik doktor suruh bagi gas 4jam sekali sampai ari ni, nanti ptg bawa klinik lagi tgk mcm mana.

Sejak duduk kat taska baru nih tak pernah kena lagi, td pagi minta tolong taska tu bagi gas kat dia, tp taska tu tak mau buat sebb dorang tak pernah ada pengalaman, kalau taska sebelum nih tak der masalah lah.

Jadi aku terpaksa lah EL.

Dah setengah thn kot tak guna menda nih, skrg kuarkan balik dr kabinet..





qiesha boring duk umah nih...asyik ajak pergi scholl jer

09 September 2008

Air Sembahyang

qiesha amik air sembahyang selepas papa dia ambil air sembahyang.
cara dia lah...ikut susunan dia...
yg last tu betullah, akhir sekali basuh kaki...





07 September 2008

Award dr umi lak



Dpt dr umi lak..
thanks umi..
mcm kty gak lah..anie simpan jer dulu utk anie sorang yer..
akan dtg dah ramai kawan blog baru anie bagi kat dorang...

Award dr kty

Thanks kty....first time dpt award.....anie bukan tau sgt menda menda nih...baru nak belajar kalau salah tolong tunjukan yer..
Thanks selalu masuk blog anie kat IG...rasanya lepas nih dah kurang kat situ sbb kat situ leceh sikit kalau nak tepek pic kena upload dulu tempat lain...

Masalah skrg anie tak tau nak bagi kat sapa lagi award ni....
member yg anie selalu masuk blog dia semua kty dah bagi....(erk...blh ker kalau bgi org yg sama kty bagi)
waaaaaa..................nampak sgt anie tak ramai kawan.....sedihnya.........
anie ketinggalan sbb baru nak berblog kat sini..tu yg kurang kawan kot..

Akhir sekali...nampaknya anie simpan jer award nih utk anie sendiri tanpa bagi sesapa...(erk...blh ke gitu)

thanks kty......

05 September 2008

Makan Lagi

mlm ni menu qiesha sardin masak kicap kipas udang (mesti kicap nih). Kalau aku masak nih memang dia suka betul.

huh....sungguh2 dia makan
memang best

Meja ku yg cung

Sajer nak tunjuk meja tempat aku kerja, aku kerja kat sini lagi 17 hari genap lah 5blh.

Kerja kat sini ok lah juga...nak kata best sgt tu tak gak...blh lah buat duit poket nih
Berserabut kan meja nih...entah bila lah nak kemasnya..
ni kawan kamcing pagi dan ptg, now dia kena rehat sebulan

04 September 2008

makan time..

Td buka makan roti john jer...buka sendiri lagi...
biasa lah hubbyku balik lambat jer..kekadang tu boring gak dgn kaeadaan gini..tp tak leh buat apa lah terima jer..mana tau 10thn lagi aku blh jadi kaya raya

qiesha aku gorengkan nasi goreng planta.




tgk lah dia pergi asingkan semua bawang goreng tu

First day in my blog

Baru nak bina..member2 lain semua ada..then aku pun teringgin nak ada gak..
tak tau nak citer apa.

hari ni hari kedua puasa..igt ptg nih nak pi bazar ramadhan nak cari mertabak lagi..semalam dah makan tapi tak puas hati sbb tak sedap..

hope hari ni kena dgn cita rasa aku..