Sabtu hubby dah ada kat umah, cuti nih jadi seronok dgn adanyer hubby terchinta,...hee.he...
Aktiviti hari sabtu cari kedai sport rim,
nak tukar si keciknya ( gelaran qiesha bagi kat keta kancil, keta satu lagi dia panggil keta besar) sport rim dgn tyr nyer sekali, sport rim nye dah teruk sgt..bengkok sana...bengkok sini..sampai dah tak blh buat belancing..disebabkan mcm tak berbaloi nak repair kita org tukar jer lah..
Aktiviti menukar tayar keta tu tak ambil pic sbb lupa..
Nih lah sport rim baru si kecik ku...cantik tak?
ok lah..(sendiri tanya sendiri jawab ) yang penting masih dalam baget..murah jer..
Lepas tu kita org pergi umah makcik bd kat bangi..hubby buat wairing sikit.
Dlm pkl 130 lepas lunch kat bangi kita org gerak pergi nilai, nak pergi cari Stering sikecik lak..setering pun dah teruk...dah lembik2 dah..mungkin kat dlm tu jenis berspan, bila dibiarkan lama kat tgh panas boleh jadi gitu..silap sungguh dulu beli setering jenis gitu..
Interprem sikit baby besar nih...
Setelah ditukar...ada satu kaler pink, mcm nih gak bentuk dia..bd minat yg tu tp hubby tak bagi lah..nasib dia yg bayar kalau bd yg bayar bd dah amik yg kaler pink tu..
Qiesha yg kepenatan, sian dia sampai terlelap lah.
Tu lah kemudahan stroller. Qiesha nih walaupun dah besar kita org still lagi bawa stroller dia kalau pergi shopping lelagi kalau time2 dia tidur.
Jadi..mcm mana pun keadaan dia kita org blh lagi shopping.
Stroler nih pun berguna bila qiesha dah penat berjalan, tak kan nak dukung..jenuh lah..hubby pun tak larat nak dukung lelama, sekejap ok lah.
Kalau ikutkan qiesha nih dah 4 kali beli stroller, dr jenis kecik sampai lah jenis kedabak, semua tu untuk keselesaan dia juga.
Tp stroller lama semua dah selamat dijual at Mudah.com.
Tak sanggup lah nak simpan banyak2..dah lah umah db tu "besar" sgt.
Kita org tak membeli sanagt pun kat Nilai, yg buat lama sbb semua kedai keta kita org masuk.s
Balik nilai kitaorg terus pergi Tesco kajang lak..beli barang dapur sikit..tak boleh nak membeli sgt sbb bawa sikecik..tak der tempat nak letak..
Belakang dah letak stroller qiesha, bonet lak dgn barang wairing hubby lagi, jadi beli apa yg betul2 tak der kat umah.
Sampai umah betul2 dekat pkl 11.00 mlm..
huh..lama sungguh berjalan dari 9 pagi sampai 11 mlm...
Mlm tu kita org anak beranak tidur dlm kepenatan..penat berjalan..leguh kaki nih..
Ahad habiskan masa kat umah jer..
ptg hubby dgn qiesha pi swimming, aku lak pergi Gym.
Tu lah aktiviti cuti kita org.