31 December 2008

Hari Yg Gelap

Bukan hari yg gelap tp muka aku anak beranak yg gelap

Kisahnya..
29/12/08 bertempat di Port Dickson ada family Day.
Tahun nih kita org buat kat sini jer lah, kalau ikutkan perancagan tempatnya lain tp masih2 ada hal yg tak dpt dielakkan last pilihan kat sini jer lah...
Tahun nih pun hanya sebahagian jer keluarga yang join.

Kalau ikutkan aku tak suka sgt pergi mandi pantai nih, hasilnya muka aku yg dah itam nih bertambah lah itam. Kelabu asap dah muka nih...qiesha sampai merah2 muka, pakai sumblock pun tak der guna.

Puas qiesha mandi, dr berbaju sampai tak berbaju tu yg itam satu badan..dah lah kulit tu lebih kurang kulit mama dia jer itamnya.

Banyak juga acara yg kita org buat...
Layan gambar jer lah...

tp pic tak tersusun...
jgn pening pala dah lah yer..





Acara cari sepasang kasut





Ni lah rupa qiesha lepas acara cari gula2 dlm tepung


First acara...lupa lah acara apa nih

Ni sebahagian hadiah yg disediakan













Acara tiup belon anak dan ayah
Ni jer lah pic yg sempat aku ambil..

27 December 2008

Toys

Mlm td hubby ajak pergi toys kat the mall, ikutkan ati nih malas sgt2..tp laki aku tu kalau dah ada menda yg dia nak belikkan untuk anak dia selagi tak dpt tak senang ati, tak blh tidur lah dibuatnya.
Nih kes nak cari hadiah untuk qiesha lah tu..siang semlam dia tak sempat pi sogo, tu yg dia ajak kuar malam tdi gak, padahal lambat lagi qiesha nya birthday.

Sampai2 sana jer menda nih lah yg mesti qiesha tuju dulu.

Kita org biar dia leka kat sini sbb tak mau bagi dia nampak apa yg kita org belikkan.
Sementara papa dia cari hadiah dia ngadap nih jer lah..

Tak lama tu ada budak lak teggur dia...budak besar umur dlm 7thn kot..
"Bagi abang pula yer..nanti adik lak yer"
nasib modd qiesha ok...dia bagi dgn rela hati..

Lepas tu dia berlari ke barney area lak...sampai sini dia gila lah sekejap tgk barang2 barney..semua dia nak beli..



Last2 nih jer lah yg dia dpt...
Tp dlm keta bukan dia nak pakai dia suruh mama & papa dia lak yg pakai..
bila aku suruh dia pakai dia blh jawab
'mama pakai lah...alyyn pakai, alyyn tak nampak lah muka barney'



Dah bayar semua barang tgk2 kita org punya kad point dah nak dekat 1000...tunggu lah btl2 1000 baru kita org redem...ada lagi menda yg berkenan di hati tp tunggu lah qiesha 4thn kot baru blh guna menda tu.


Pagi2 tadi aku bawa menda nih dtg office, hubby tak bagi letak kat umah katanya risau qiesha nampak lak nanti.
Alahai..banyak hal kan laki aku nih padahal hadiah tu tak mahal mana pun...lain lah kalau sampai ratus2 boleh lah buat betul2 suprise..
Dengan you all pun bd tak leh tunjuk nanti you all bagi tau kat qiesha lak...he..he...
Dah dpt beli barang qiesha baru hubby aku boleh tidur lena kot sbb pagi td 2kali alarm bunyi kita org tak terjaga...sampai subuh pun terlepas...

26 December 2008

Cuti Semalam

Semalam cuti umum aku lepak kat umah jer siang tu.
Dlm pkl 12lbh kakak call kata nak dtg..time makan tu...
kat peti ais yg ada ayam jer...
nak kuar beli lauk keta hubby lak bawa kuar pi repair...
belek2 ada lah sikit bahan untuk buat nasi ayam...bolehlah...
Tengah hari tu aku masak nasi ayam jer untuk makan tengah hari kita org...

Lepas makan anak buahh aku nak ajak qiesha pi swimming pool tp aku tak bagi sbb qiesha tgh selsema...last2 dedua anak buah aku merajuk ajak mak dorang balik lak...
Ptg tu hubby ajak kuar cari hadiah untuk qiesha, kita org pi kajang jer..dpt dah menda yg dicari tp ada masalah lak bila nak pi bayar, dorang tak leh lak nak scan itu harga lps tu suruh kita org tunggu supervisor dorang dtg lak, kalau tunggu sekejap tak per gak nih suruh tunggu sampai pkl 8.30 lak masa tu pkl 730 pun belum, hubby ku dah malas nak tunggu kira pun dia belum solat tu yg dia hanggin jer, dia ckp hari nih nak pi beli kat sogo.
Sebelum kita org balik kita org pi makan dulu...
Ni lah makan mlm kita porg malam tadi..
Ni lah menda nyer...
Kalau korang belum makan pi lah makan cepat2..sedap...tp hubby ku tak suka sgt sbb menda nih kan pedas, hubby aku tu mana makan pedas sgt..
Gambar tak terang sgt sbb pakai hf buruk aku tu jer..


23 December 2008

Backup blog

Aku dah buat

http://deby0405.wordpress.com/

tp masih banyak kena belajar..

Tag

Dpt tag dr sb

THE RULE:

1. Copy the tag to your blog2.

Add the link the person who share this tag with you…

3. Nominate at least seven blogger
Your 1st Name Tells A Lot About Who You AreHava a good time knowing the meaning of your name!


A: Best Gf/Bf any one could have

B: You love a certain someone

C: People cant help but check u out

D: You are really lovable

E: You Are Great Kisser

F: Easy to fall in love with

G: You never let people tell you what to do

H: You have a very good personality and good looks

I: People love you

J: People Adore you
K: You're wild and crazy

L: AWESOME KISSER

M: Handsome/Beautiful

N: Easy to fall in love with

O: Best kisser ever

P: You are popular with all types of people

Q: You are a hypocrite

R: You love to kiss

S: You are Freaking CRAZY!

T: You are loyal to the ones you love

U: You really like to chill

V :your not judgmental

W: You are popular

X: You never let people tell you

Y: Sexiest bitch alive

Z: Never good enough...

He..he...mcm best jer..

ok sapa nak buat silakan yer...

20 December 2008

Invitation

Khas untuk kawan2 yang mengenali bd @ anie terutamanya mom's club
- kty
- ain
- umi
- niza @ sb
- lina
- na
- Nurul @ kembara
- lyyn
- ct
harap sgt you all blh dtg.

Lina walaupun kau tak der blog, bd tau kau selalu masuk sini, tak der alasan tak boleh dtg...(he..he..kejamnya aku)
mila and siti hope you can join together.

Sapa dah baca kad nih tolong bawa balik kat umah masing2 ( tepek kat blog you all ) tanda you all dah tau tentang jemputan nih.

Anie jemput awal2 cause anie harap you all blh dtg and blh plan awal2.

19 December 2008

Tag

Tag dr kty..dah lama dpt tp baru berkesempatan nak buat.

Tag Tulisan.

The rules:
1. Your name/username:
2. Left handed or right handed:
3. Favorite letter to write:
4. Least favorite letter to write:
5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy dog":
6. Tag 6 people
- sorry tulisan ciput lah pulak



ni satu lagi


Sila tulis 10 perkara tentang orang yg tag diri saya


1-Kty nih nampak mcm sombong tp tak sombong

2-Kty ada satu minat sama dgn bd, minat kat almari english style, ( yg nih bd igt sgt sbb sama dgn bd..tp tak tau lah kalau kty dah tak minat..he..he.. tak tau lah bila blh dpt almari tu )

3-kty dah tak mau baby ( mungkin dah tukar fikiran kot )

5- suka makan nasi lemak..

6- ada anak dara yg cunn..

7-Kty dilahirkan di sekinchan ( tak sikap bd lah )

8- Suka shopping

9- Suka bertenet

10- Suka tgk citer hantu


Sorry kty kalau ada silap..


Sila tulis 10 perkara tentang diri saya sendiri


1- Sangat sensitif

2- Tak blh tgk umah berselerah, bd akan kemas tak kira lah pkl berapa sekali pun.

3- Tak suka sgt tgk movie melayu

4- Tetiap bln mesti beli kasut

5- Suka drive laju, tp tgk keadaan jalan lah

6- Suka pendam perasaan

7- Giler shopping

8- Suka bertenet malam2 kekadang tu sampai pkl 4 or 5am lelagi kalau hubby OS

9- Suka makan benda masam2

10- Suka baca novel tp sejak qiesha ada nih dah kurang sgt


ok kty settle dah..

18 December 2008

Hancur Hatiku

Tajuk bukan main lagi yer...

tp betullah tu memang hancur hati nih...tak sampai seminggu gelang tgn dgn gelang kaki qiesha nih putus..geram betulah dibuatnya...angin satu badan...

Dia nih memang tak leh lekat 2 barang ni memang selalu putus, tp kali nih dlm masa seminggu dedua putus..


Gelang tgn nih hari khamis minggu lepas putus kat taska dia, tak silap aku gelang nih tak sampai 3bln, sebelum raya hari tu tukar dgn gelang lama dia yg putus juga.

Ni gelang tangan ke 4, nasib tiap kali putus tak hilang ke mana.


Ni gelang kaki dia putus semlm kat taska juga, gelang nih lama dah tp jarang pakai, pakai tak sampai sebulan putus gak. Ada 1 lagi gelang kaki dia yg putus tak sambung lagi. Ni nasib baik tak hilang, seblum nih dah 2 hilang.

Tak pakai dia minta pakai, kalau pakai gini lah jadinya....geram btl lah. Tetiap thn nak kena tukar barang2 nih jer.

Malas dah nak pakaikan..biarlah sampai dia besar...cukuplah dia pakai rantai tu jer..

13 December 2008

Coke

Dapat e-mail nih...
Aku memang tak suka minum air gas nih lelagi coke...tp KFC tu aku selalu lah masuk..

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajiansantifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britainserta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlakukemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atauhilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkanselama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang daritindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untukmencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lapbumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karathilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat baterikereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuangsetin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setinCoke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke danlap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di tesco tu kerana ianya amat mahal!8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.

8. Ia bolehmeleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.
Kilang Perwaja/besi mesti sukani! Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang laindalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,
[ bukan loriyang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu jugadiselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.

Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagianenjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni.

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. cuba bancuhkopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadaplidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidakberapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.
Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tuhilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Andaminum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.
Kat Mekah adaMecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur seranggadll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahancuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda bolehcuba sendiri dirumah jika tak percaya.
Yang mana tak pass sains khasnya kimiadulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala!
Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], timeraya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.

12 December 2008

Aqiqah Untk Qiesha

Salam All..

Hari nih baru masuk kerja, meja aku penuh dgn kerja yg boss tinggal...pening pala aku..setengah hari nih duk mendaga kerja yg dia tinggal tu..

Nak citer pasal Raya haji hari tu..
Sabtu ptg bertolak ke kelantan..jalan jem giler...tak pernah lagi aku rasa teruk mcm nih..sampai kuala krai pkl dekat 5am...dekat 12 jam perjalanan dr kl ke kuala krai..kalau ikutkan 6jam jer..


Aku bermlm kat kuala krai umah MIL abg aku, dah tak larat nak terus balik Kota Bahru.
Pagi 7hb aku bertolak ke Kota bahru lak..jem gak..adehai lemah betul, 4jam perjalanan ker kota bahru, kalau ikutkan tak sampai pun 2jam.
Sampai umah mama rilex jap, lps tu terus pi kota bahru shoping2 sikit.
Pagi raya lepas hubby sembahyang kita org terus pergi umah tuan lembut yg nak potong lembu tu, igt nak rakam lah hubbyku siat2 lembu tp lembu tu lak buat hal, jenuh lah dorang duk memujuk lembu tu.


Pkl 12pm qiesha dah bising nak balik, aku pun tak larat lah nak tunggu lelama, aku pun balik lah dgn qiesha tinggal lah hubby dgn abg aku kat sana.
Balik umah kita org pun membuta...
Dlm pkl berapa entah hubby ku balik bawa daging2 tu..




Mlm tu kita org masak sikit buat makan dgn doa selamat sikit...

Pic banyak kat kamera, tak upload lagi..nanti free baru upload.

Akhirnya selesai sudah Aqiqah untuk qiesha

04 December 2008

Salam Aidiladha

Salam all...

Hari nih last kerja...esok dah mula cuti, masuk kerja semula 12/12.
Esok pagi hubby kerja lagi..aku duk umah blhlah packing baju semua.
Ptg baru bertolak ke kelantan..harap2 perjalanan semua lancar belaka..
dan harap2 sgt cuaca elok, dengar banjir pun dah suruh.

Kat sana tak lama pun, raya kedua dah balik sini, mungkin pagi bertolak.
Dtg sini bawa sekali mama.
Raya ketiga umah Abg aku nak buat kenduri sempena umah baru dia.
Dah sebulan lebih dia duk umah baru tu.
Aku suka dia pindah umah nih sbb dekat dgn umah aku kat kajang..senang sikit kalau ada apa2 hal kira dia lah paling dekat, sedara mara lain semua kat bangi.

Dikesempatan nih Anie nak ucapkan "Selamat Menyambut Aidiladha" kepada semua kawan2 yg rajin melawa blog bd nih..
dan yg balik kg berhati-hati dijalan raya yer..

JJ Card Day

Ok today nak citer pasal semlm yg giler..
semalam aku kan cuti semata-mata nak gi JJ dihari J Card..
walau pun tak gaji lagi aku redah jer...
Pagi kuar mcm biasa mcm pi kerja..
sampai dlm pkl 9 pg, jem tu sbb yg lambat. aku igt aku yg paling awal tp ada org yg lagi awal..parking pun tinggal ciput, aku dpt parking yg atas sekali nasib ada parking lagi.

Masuk terus aku pergi supemarket dia...huh..ramaaaiii...tu...gilerr....troly pun payah nak jalan..aku nih jenis yg malas nak berasak-asak lak.
Ingt nak cari barang dapur sikit tgk dah mcm tu keadaan aku ambil yg penting jer lah, yg btl2 aku rasa murah dan btl2 yg aku perlukan.
Susu qiesha dpt rm79.00 murah tu kalau tak 85 atau 88, aku amik 3 tin, tp nih limited 2tin jer aku suruh member aku angkut satu, suruh dia bayar dulu, kira pun ahad hari tu aku baru beli 4tin kat Tesco, masa tu dpt rm81.90.
Aku ambil minyak masak, kat umah minyak memang dah habis, murah juga selalu aku beli rm29.9 semlm dpt lak 24.00 dpt lak free btl kecik lagi. 2 brg tu memang banyak lah beza dgn harga biasa tu aku sanggup beratur panjang utk bayar.

ok lah layan pic..tak banyak lah amik gambar sbb bz..



Ramai sungguh sampai aku pening pala..baju aku beli 2 helai dgn jeans selai...murraahhhh...offer 70%. Hari nih rasa menyesal lak beli selai jer jeans tu.



tgk nak naik lif pun kena beratur.. panjang..



Ni menu makan tgh hari kita org...

aku bertiga jer, sorang lagi dtg dgn adik dia, nasib dia follow adik dia kalau tak bonet keta aku mesti tak muat sbb kita org bertiga jer bonet dah penuh


Ambil gambar dulu yer sebelum makan..

huh....lapar yer..
yer lah dr pagi kita org tak makan.


Ni jer barang yg aku beli...tak banyak mana pun...


Banyak nih pun habis dekat 1k gak tau...
Tp dkt 1k tu termasuk nih lah..
edit sikit - 2 pic dibawa bukan kita org yg borong nih org lain punya -
Nih gila punya pic..korang tgk lah banyak kan dorang borong.....
Drypers memang murah lah..mamy poko pun ok gak..tp aku beli satu jer..pampers qiesha pun banyak lagi..skrg mlm pun kekadang dia bangun bila nak terkucil..
Aku tgk ramai cina2 jer kat sana...mungkin sbb dorang nak raya..atau sbb memang dorang banyak duit..he..he..
Sebelum balik tu kumpul segala resit pembelian kat JJ dpt tukar nih...aku tak banyak beli nih jer lah yg aku dpt..tp tak blh guna hari yg sama kena guna lain hari..mula hari nih..
Hasilnya...aku memang suka lak J Card day nih...untung sangat..
kalau dikira banyak gak untung....nasib aku belum gaji...kalau dah gaji habis hari tu gak duit aku...
Yg best sekali dpt lagi Voucher...kalau kat sogo dpt point jer lah..

Photobucket

01 December 2008

Tag 5

Dpt Tag Dr Sb

5 most CRAZIEST things accomplished in your life
* Drive dr kajang ker johor dgn bawa duit RM15 jer..
* Bawa keta tak de lesen selama 2thn (before kahwin)
* Marajuk dgn hubby lepas tu kuar umah tidur dlm keta kat parking umah jer tp parking lain lah lps tu off tepon. Hubby cari sampai tak blh tidur satu mlm.
* Pernah beli kasut aku dgn qiesha habis dekat 1k. (gila gak ke nih?...gila lah nih sbb membazir jer)
* Pernah telan panedol 15biji..masa ni belajar lagi..umur 19 kot...ada migrain..tp dah telan ubat tak jln gak tu yg pergi telan penadol.


5 words you wish to hear all time
* "Nafkah bulan nih By dah masukkan..BLN NIH LEBIH SIKIT"
* "De punya card credit By dah bayarkan"
* " Nanti aku bayar kau punya duit yer" ( kalau bayar lah...jgn ckp jer )
* " Rindulah.."
* " minyak keta dah penuh..td baru isi"

5 things u love in ur room- 4 je
* Selimut...ni dr umur 9thn lagi...( tp masih ada selimut lain sbb selimut tu dah kecik )
* set katil bealaskan cadar yg cung
* Pic aku dgn hubby ( besar........)
* Almari..solek

5 last speech you wish to say in your last breath3 jek.....
* Unt Hubby
* Unt Anak
* Unt Kakak.
* Mengucap

5 things u do when get bored - 4 jer
* internet
* tgk tv
* Membuta..
* Shopping..

5 persons u LOVE MOST
* Anak
* Hubby
* Kakak
* Nenek
* Mak

5 silly things that u dont want people know but u have to let people know
* Kuat Merajuk
* Boros
* Tak der kerja ( nih utk boss aku jer )
tu jer kot..

Choose 1 and tell why:

Shoe or handbagShoe
* Dedua aku tak leh tinggal....tp aku pilih Shoe lah..kan tak der kasut mcm mana nak jln

Lipstick or mascara
*Liptstick...mascara aku jarang pakai..

Jeans or skirtJeans
* Sejak aku gomuk nih aku jarang pakai jeans, kalau pakai seluar pun bukan jeans punya. Aku selalu pakai skirt..tp skirt panjang yer bukan pendek

Chocolate or ice
* Chocolate...suka makan nih dr aku kecik2 lagi...

Singapore or Indonesia
* Indonesia ~ barang murah..best giler kalau shoping

Fork or chop stick
* Dedua aku selalu pakai...tgk pada makanan yg aku makan...lepas tu baru aku blh buat pilihan..

January or Feb
* Feb kot..sebab tak sampai 30hr

Abdullah Badawi or Anwar Ibrahim
* Tak mau pilih blh kan?..

Jaya Jusco

Semlm pergi JJ Maluri cheras, Hubby nak cari barang.
Aku tak der beli apa pun sbb hari rabu nih 3hb aku nak pergi lagi.


3hb nih ada sales untuk Ahli..
dorang ckp lagi murah dr skrg..aku rasa sama mcm SOGO gak kot..
JJ punya sale utk ahli aku tak pernah pergi pun (sbb aku bukan ahli), budak2 office nih yg ajak.
Rabu nih office aku ada 4 org yg cuti termasuk aku semata-mata nak pergi JJ..(sabo jer lah)
kerja tgh tak banyak ok kot..

Aku pun tak tau apa nak dibelikan sgt..
tp follow jer lah..

Ni pic semlm..
layan jer lah
QIesha layan..

Rilex nampak..







Buat Muka lak dia..

Manggo..untuk mama..



Dah nak habis Baru teringgat nak amik gambar...
nampak lah tulang2 tu..
Kitaorg makan kat Nandos (mcm nih ke eja dia)
oder 2set nasi, utk hubby dan aku..lepas tu ada promosi apa entah oder 1 set..
Tp tak kena sgt sgn selera aku lak..lepas makan loya semcm jer..
Bil semua RM 78.85 sen...
Aku rasa mcm mahal sgt..dah lah tak sedap..
huh..






24 November 2008

Kerja dr kty

Dpt Tag dr kty









this is the rule :

1. Take a screenshot of your desktop without moving/closing any of the windows
2. Tag 5 people


tp bd bagi kat 3 org jer yer.. :-
- Na

22 November 2008

Thanks Kty

Terima kasih banyak2 tuk kty sbb masukkan anie punyya nuffnang..

dah lama sgt daftar..tp tak gak masuk2..
ari nih aku masuk kerja duk megadap blog nih jer dr pagi..
duk godek sana sini...
last2 tak gak dpt masuk nuffnang tu..
ee...lembab btl lah pala otak..

Nih try ubah backgrounds lak..
cilok dr kty nya free background

Emm....ok tak..
mcm tak ok jer kan...?
tak jadi lak mcm kty ajar tu..

Tak per ada masa nanti aku godek2 lagi...
Hari nih sampai sini jer..

Thanks again kty..
love you...

Gloria

Hallooo..semua kenal tak sapa saya??
saya ialah Gloria..saya rasa semua kenal kan dr mana asal saya..
Kenapa saya disini?...saya nak cerita tentang Qiesha dgn Mama Qiesha.
Tahu tak anda semua skrg mama qiesha tgh "beggang" dgn qiesha, yer lah mana tak beggang..ada ker qiesha ckp perut saya sama dgn mama dia..huh...sabar jer lah...

Dah 2 mlm saya tinggal bersama keluarga qiesha, pertama kali saya jumpa qiesha terus qiesha ckp..
"eh..yut dia cit...ma dgn mama kan"??..

lepas tu tak sudah2 duk ckp peyut saya buncit sama dgn mama dia..
sampai lah satu tahap mama dia tak blh tahan..

Mlm tdi mama qiesha sorokkan saya dlm laci..
wwaaaaa...saya sedih tak dpt main dgn qiesha lagi..

tak patut kan qiesha cakap mama dia mcm tu..

tgk perut saya...memang buncit kan??
tp tak lah sama buncit dgn mama qiesha...
kejam sungguh qiesha tu kan..


tgk Marty pun terkejut tgk perut saya...
tp saya tak blh buat apa..sbb dah ditakdirkan saya sebegini..